Wednesday 13 March 2019

Azam Baru 2019

Assalamualaikum...

Dah lama tak aktif dalam blog ni. Last content tahun 2017 and now 2019 tiba-tiba nk menulis kembali.

Anyway tahun 2019 Arip akan tulis mainly pasal forex sahaja sebagai main content.

Blog ni akan Arip guna sebagai jurnal supaya senang nk ulangkaji.

Azam nak ke arah full time trader satu hari nanti.
Tapi kenapa pilih forex?

1. Masa sendiri
2. Tak kacau orang
3. Tak de orang nak dengki sebab kita tak deal dengan orang
4.. Market forex adalah mula Isnin-Jumaat. Jadi macam kerja seperti biasa.. Weekend Sabtu-Ahad market tutup, so kita pun cuti...Now make sense it is normal life.
5. Tak perlu nk sakit hati dengan orang kalau ada orang nk tikam belakang kita.
6. Forex is a business..Kena kerja keras dan duit tak datang bergolek.
7. Macam2 karenah orang tak payah kita layan...thats my main point...xperlu kipas boss

So key point...we are in our own world and we won't give trouble to anyone.

Tapi nk berkecimpung dln forex ni bukan senang nk jd expert. Ini bukan MLM atau fast money business model ya....High risk gitu...

Okey la...dh x mau membebel...Next post Arip direct terus kepada teknik dan entry serta analisa.

Sunday 17 September 2017

Lama dah tak menulis...

Dah lama benar tak menulis...Sekarang dah betul-betul sibuk. Harapnya ada masa nak menulis kembali.Kali ni saya cuba menulis menggunakan aplikasi blogger dari android phone sahaja..Kita tengok mcm mana nanti ya...

Tuesday 12 May 2015

Tips : Tulis S.A.W pada Microsoft Word dengan mudah - Muhammad ﷺ

Muhammad 

Assalamualaikum semua....
Cantik tak tulisan di atas?
Selalunya kita menulis Muhammad S.A.W kan?
Macam mana kalau kita nak tulis Muhammad Sallawahu Alihi Wasalam dalam perkataan arab?
Kali ni arip nak berkongsi satu tips bagaimana kita nk menulis S.A.W menggunakan huruf jawi (huhu..betul ke?) pada Microsoft Word.

Teknologi : Smart watch terbaik bahagian 2 : Samsung Smart Watch


Samsung adalah antara pengeluar smart watch terawal bagi peranti android. Smart watch pertama dari gergasi elektronik Korea ni diberi nama Samsung Galaxy Gear (SGG). SGG pertama kali dikeluarkan pada tahun 2013. Kemudian pada tahun 2014, Samsung Galaxy Gear 2 dilancarkan sebagai upgrade pada versi terdahulu. Selain itu, pada tahun yang sama Samsung juga melancarkan Samsung Galaxy Gear Fit, bertujuan khusus bagi penggemar aktiviti riadah - jogging terutamanya serta SGG 2 Neo. Ha..banyak tul versi nya...Lepas tu dekat ujung tahun 2014 keluar pulak 2 lagi versi baru - SGG S and SGG Live. Jadi, total ada 6 version la...Fuh...

Monday 16 March 2015

Teknologi : Smart Watch Terbaik Buat Masa Kini (Volume # 1)


Assalamualaikum WBT,

Untuk entri kali ini pula, arip nak bincangkan pasal SmartWatch. Bersesuaian dengan peredaran zaman sekarang, pelbagai gadget telah dicipta bagi memudahkan kehidupan harian kita. Tidak terkecuali dengan inovasi SmartWatch sejak 2 tahun kebelakangan ini semakin mendapat tempat di kalangan peminat-peminat gadget teknologi.