Okey, entry ke dua nie arip nak sembang pasal kopi.
Arip nie dulu tak la suka sangat minum
kopi. Iyala, orang muda la katakan. Layan teh, nescafe or milo ja. Kopi ni dulu
ingat geng-geng berumur ja layan..Iyala, balik kampung tengok tok dengan wan saja
yang layan kopi nie.
Apapun sejak berkahwin nie, tetiba aja suka
sangat minum kopi. Nie punca dari mentua hidangkan air kopi, fuhhh...nikmat semacam.
Semua kriteria cukup...pekat,manis, pahit..semua balance la. 1st time minum kopi
... haha tambah kot 3 cawan. Time nie wife belum tau lagi.
Nak dijadikan cerita la, after balik dari kampong
arip cuba la bancuh air kopi. Beli kopi cap kapal api paket kecik jer sebab takut bancuh
tak sedap. Haha...lepas bancuh tak sedap jugak. Tak sama macam kat kampung.
Puas la try n error tapi rasa lain bebenor la. Sebabkan rasa tak puas hati dengan
kopi tadi jadi arip pun tanya la tanya wife kopi apa yang sedap sangat kat
kampung hari tu.
Ha....rahsia pun terbongkar. Kopi orang
kampung..Kopi Cap Gantang. Wife cakap orang kampung dia mostly akan guna kopi
cap Gantang. Ooo....patut la...lain rasanya kopi komersial dengan kopi buatan kampung
ni. Kopi nie memang belah utara semenanjung agak terkenal.
Tapi nak merasa kopi cap gantang ni terpaksa
la tunggu balik kampung pulak. Rezeki kot, kebetulan 2 minggu lepas tu kami
balik kampung pulak sebab ada kenduri. Apa lagi beli la 2 paket kopi nie.
Sambil-sambil tu pekena dulu kopi bancuhan mentua. Nikmat ooo...kopi panas cicah
dengan biskut 4 segi...
Balik saja dari kampung, suruh wife bancuh
kopi. Saja testing rasa sama tak dengan mentua buat. Ha...hasilnya mmg sama. Memang
cun la..So start dari hari tu kopi ni jadi minuman pilihan saya. Arip pernah cuba
kopi lain jugak time stok kopi nie habis tapi rasa memang tak sama. Cair semacam.
Sedikit mengenai kopi ni....
Kopi Cap Gantang adalah jenama kopi yang diusahakan oleh usahawan bumiputera iaitu En. Mohamad Hasan Bin Mohamed Rawther dengan kilangnya Gantang Enterprise terletak di Baling, Kedah.
Harga sepaket 150gram adalah RM 2.00. Ni boleh tahan 2 bulan.
Lastly …Susah nak cakap la rasa camna kopi
cap gantang nie..korang kena cuba baru tau..
No comments:
Post a Comment