Assalamualaikum semua....
Berjumpa lagi kita dalam entri arip yang terbaru. Kali ini arip nak berkongsi satu resepi mudah untuk kita cuba. Ha..jom kita masak telur separuh masak. Sedap kot...
Bunyi macam senang kan? Kalau ada perkakas khas tu senang la. Tapi kali ni arip nak tunjuk cara buat telur separuh masak guna alatan yang sedia ada kat dapur kita.
Okey....nak buat telur separuh masak ni kita perlukan:
a) Kuali nak rebus telur
b) Telur yang telah dibasuh bersih
c) Penutup kuali/ apa-apa barang yang boleh tutup kuali
a) Kuali nak rebus telur
b) Telur yang telah dibasuh bersih
c) Penutup kuali/ apa-apa barang yang boleh tutup kuali
Tu jer bahan? Haaa...tu jer...So apa lagi jom kita masak follow step seperti kat bawah:
1. Isikan air dalam kuali , eloknya aras air tu sampai telur tenggelam.
2. Panaskan kuali tadi. Biar sampai air mendidih.
2. Panaskan kuali tadi. Biar sampai air mendidih.
STEP # 2 |
3. Bila air dah mendidih, tutup api dapur dan masukkan telur serta merta.
STEP # 3 |
4. Hati-hati bila masukkan telur sebab telur lebih mudah retak bila kena air panas.
5. Tutup kuali tadi dengan penutup.
STEP # 5 |
6. Biarkan selama 5 minit ke 5 minit 30 saat. Arip setkan masa 5 minit 30 saat guna
stopwatch handphone.
7. Cukup ja time terus angkat telur. Jangan biar sebab telur akan terus masak sekiranya
dibiarkan dan berpotensi jadi telur rebus.
8. Dah siap telur separuh masak kita.
8. Dah siap telur separuh masak kita.
HASIL MASAKAN |
9. Nak lagi umphhh....letakkan lada sulah dan kicap.
TERBAIK |
Haaaa....senang saja kan nak buat? Jimat bila buat sendiri (sebiji telur harga dalam 40 sen ja) dan paling penting dijamin kebersihannya. Kalau kat kedai mamak, kompem sebiji diaorang cas mahal gak.Dah tu telur tu diaorang basuh ke tak pun kita tak tahu.
Okey, itu saja entri kali ni. Berjumpa lagi pada entri seterusnya. Selamat menikmati telur separuh masak..
No comments:
Post a Comment