Monday 17 November 2014

Makan : Kopi Cap Gantang....Terbaik


Okey, entry ke dua nie arip nak sembang pasal kopi.
Arip nie dulu tak la suka sangat minum kopi. Iyala, orang muda la katakan. Layan teh, nescafe or milo ja. Kopi ni dulu ingat geng-geng berumur ja layan..Iyala, balik kampung tengok tok dengan wan saja yang layan kopi nie.

Apapun sejak berkahwin nie, tetiba aja suka sangat minum kopi. Nie punca dari mentua hidangkan air kopi, fuhhh...nikmat semacam. Semua kriteria cukup...pekat,manis, pahit..semua balance la. 1st time minum kopi ... haha tambah kot 3 cawan. Time nie wife belum tau lagi.


Nak dijadikan cerita la, after balik dari kampong arip cuba la bancuh air kopi. Beli kopi cap  kapal api paket kecik jer sebab takut bancuh tak sedap. Haha...lepas bancuh tak sedap jugak. Tak sama macam kat kampung. Puas la try n error tapi rasa lain bebenor la. Sebabkan rasa tak puas hati dengan kopi tadi jadi arip pun tanya la tanya wife kopi apa yang sedap sangat kat kampung hari tu.

Ha....rahsia pun terbongkar. Kopi orang kampung..Kopi Cap Gantang. Wife cakap orang kampung dia mostly akan guna kopi cap Gantang. Ooo....patut la...lain rasanya kopi komersial dengan kopi buatan kampung ni. Kopi nie memang belah utara semenanjung agak terkenal.
 
Kopi Cap Gantang

Tapi nak merasa kopi cap gantang ni terpaksa la tunggu balik kampung pulak. Rezeki kot, kebetulan 2 minggu lepas tu kami balik kampung pulak sebab ada kenduri. Apa lagi beli la 2 paket kopi nie. Sambil-sambil tu pekena dulu kopi bancuhan mentua. Nikmat ooo...kopi panas cicah dengan biskut 4 segi...

Balik saja dari kampung, suruh wife bancuh kopi. Saja testing rasa sama tak dengan mentua buat. Ha...hasilnya mmg sama. Memang cun la..So start dari hari tu kopi ni jadi minuman pilihan saya. Arip pernah cuba kopi lain jugak time stok kopi nie habis tapi rasa memang tak sama. Cair semacam. 

Sedikit mengenai kopi ni....
Kopi Cap Gantang adalah jenama kopi yang diusahakan oleh usahawan bumiputera iaitu En. Mohamad Hasan Bin Mohamed Rawther dengan kilangnya Gantang Enterprise terletak di Baling, Kedah.
Harga sepaket 150gram adalah RM 2.00. Ni boleh tahan 2 bulan.





Lastly …Susah nak cakap la rasa camna kopi cap gantang nie..korang kena cuba baru tau..

No comments:

Post a Comment