Monday 16 March 2015

Teknologi : Smart Watch Terbaik Buat Masa Kini (Volume # 1)


Assalamualaikum WBT,

Untuk entri kali ini pula, arip nak bincangkan pasal SmartWatch. Bersesuaian dengan peredaran zaman sekarang, pelbagai gadget telah dicipta bagi memudahkan kehidupan harian kita. Tidak terkecuali dengan inovasi SmartWatch sejak 2 tahun kebelakangan ini semakin mendapat tempat di kalangan peminat-peminat gadget teknologi. 

Buat masa kini, SmartWatch masih baru namun arip yakin beberapa tahun mendatang, gadget ini mungkin akan menjadi salah satu keperluan seperti telefon bimbit. Dulu, telefon bimbit hanya untuk golongan yang mampu sahaja, tapi sekarang dah jadi satu keperluan malah ada yang takde handphone ni boleh jadi stress kot walaupun sehari tak pakai. Dulu ingat lagi, henpon nokia 3310 berharga RM 1+++ dan kad prabayar pulak harga sampai RM 1++, tapi sekarang telefon boleh dibeli dengan harga RM80 dan kad prabayar berharga RM5 sahaja. Betapa cepatnya teknologi masa kini berkembang daripada menjadi satu aksesori mahal kepada keperluan penting dalam hidup kita.

Pasal SmartWatch untuk entri pada kali ini, arip nak sharekan dengan semua beberapa SmartWatch yang telah terdapat dipasaran semasa entri ini ditulis. Arip akan cuba ulas mengenai spesifikasi dan kelebihan dan kekurangan gadget-gadget ini. Disebabkan entri SmartWatch ini agak panjang, arip akan tulis dalam beberapa entri sambungan supaya tidak terlalu panjang berjela.

Okey, buat permulaan terdapat 5 SmartWatch yang menarik perhatian arip untuk diulas. Jom kita tengok kat bawah list-list arip ni :

1. Samsung SmartWatch 
2. Pebble SmartWatch
3. LG Smart Watch
4. Moto 360
5. Sony SmartWatch
6. Lain-lain SmartWatch

Untuk ulasan terperinci, arip akan ulas satu persatu mengenai 5 SmarWatch yang dilistkan di atas pada entri seterusnya. Untuk lain-lain SmartWatch akan arip tambah pada entri terakhir.

No comments:

Post a Comment