Tuesday 12 May 2015

Teknologi : Smart watch terbaik bahagian 2 : Samsung Smart Watch


Samsung adalah antara pengeluar smart watch terawal bagi peranti android. Smart watch pertama dari gergasi elektronik Korea ni diberi nama Samsung Galaxy Gear (SGG). SGG pertama kali dikeluarkan pada tahun 2013. Kemudian pada tahun 2014, Samsung Galaxy Gear 2 dilancarkan sebagai upgrade pada versi terdahulu. Selain itu, pada tahun yang sama Samsung juga melancarkan Samsung Galaxy Gear Fit, bertujuan khusus bagi penggemar aktiviti riadah - jogging terutamanya serta SGG 2 Neo. Ha..banyak tul versi nya...Lepas tu dekat ujung tahun 2014 keluar pulak 2 lagi versi baru - SGG S and SGG Live. Jadi, total ada 6 version la...Fuh...


So, jom tengok sikit apa bezanya semua model ni...

Semua maklumat dibawah arip amik dari website gizmag.com. Takde masa pulak nak rajin ushar banyak-banyak website pasal SGG ni.

1. Rupa bentuk.

 Dari Kiri : Gear S, Gear 2, Gear Live, Gear 2 Neo, Gear 1 dan Gear Fit
             
Ha..kalau tengok dari gambo kat atas tu, tak nampak perubahan yang besar pun pada model pertama ke model terkini. Masih mengekalkan bentuk segi empat, cumanya rekabentuk pada Gear 2 dan Gear 2 Neo lebih smooth berbanding dengan SGG asal. Gear S pulak dah start skrin melengkung sama seperti Gear Fit.


2. Features/ Aplikasi/ Kegunaan
Jom tengok table kat bawah, arip ada rajinkan diri buat comparison sikit based on review yang telah dibuat pada website asal.



Gear S sememangnya yang terbaik sebab ia adalah yang ter up to date.Cumanya tiada lagi kamera pada model-model terbaru. Tapi bagi arip, tak perlu kamera sebab dah ada telefon yang semestinya kamera lebih cantik.


3. Penggunaan
Arip pilih Galaxy Gear S untuk review apa yang boleh kita guna/manfaat bila kita beli jam ni sebab ia adalah model yang terbaru dari samsung.


Samsung Galaxy Gear S




Gear S: Introduction

Apa yang best :
a) Rekebentuk cantik dengan skrin melengkung. Interface jam boleh ditukar dengan download pelbagai jenis rekaan.

b) Notification : Email & message - boleh reply balik, calling - boleh call dan jawab, ramalan cuaca, facebook, dan macam-macam lagi boleh kita tengok pada jam ni.

c) Navigator : Dengan built in GPS, haha...kita boleh pusing satu dunia...

d) Dengar lagu .... oh yeah

Gear S : Pelbagai Aplikasi

                            

Ha..banyak tu features jam nie...Kalau ikutkan aplikasi dalam smart watch tu dah buatkan jam ni sebagai phone ke-2. Boleh reply message lagi. Cumanya, dari segi bateri tahan dalam 2 hari saja..so, bila hari kedua tu dah kena cas dah...lupa cas xboleh pakai. Satu lagi compatible untuk telepon Samsung jugak, jadi nak pakai kena la beli telefon dia jugak.

Orait...tu saja kot untuk review Samsung Smart Watch. Jumpa lagi untuk bahagian ke-3..

No comments:

Post a Comment